~Menjangkau syahadah~

Ya Allah,berkatilah hayatku,matikanlah aku sebagai seorang mujahid,janganlah Kau matikan aku dalam kekufuran,kerana ketika itu...tidaklah aku terJANGKAU SYAHADAHMu Ya Rabb...hanya hidup dan matiku adalah..untukMu.

Thursday, August 13, 2009

Anak sulong vs Anak bongsu


Assalamualaikum..

Pernahkah anda terfikir apakah perbezaan diantara anak sulong dengan anak bongsu??atau..pernahkah anda terfikir jika anda sebenarnya anak sulong menjadi anak bongsu,atau anda anak bongsu menjadi anak sulong?Pelbagai spekulasi manusia berkaitan sifat anak sulong yang dikatakan bersifat 'matang' seperti ibu bapa atau sifat anak bongsu yang dikatakan bersifat manja.Apapun,jom kita selidiki!!hehe..

Mengikut kajian oleh Alfred Adler,anak sulong akan mengalami perasaan terlepas pandang oleh kedua ibu bapa.Ini kerana kasih sayang dan tumpuan ibu bapa beralih arah kepada adiknya.Anak ini mengalami masalah dethroned.Dia harus belajar berkongsi dengan adiknya.Ibu bapa pula meletakkan harapan yang tinggi apabila anak ini mula menjejakkan kaki ke alam pra-sekolah.Ibu dab bapanya sering membahukan tanggungjawab kepada anak ini berbanding adik beradik yang lain.

Kesan dari layanan yang diterima cenderung membuatkan anak ini bersifat agak tegas dan autokratik.Dia turut merasakan dia mempunyai hak kuasa keatas adik-adiknya.Kebiasaanya,anak sulong ini sering beralih mengharapkan keprahatinan bapanya selepas anak kedua lahir.

Manakala anak bongsu pula hidupnya sering dibelakangi oleh banyak ketua.Abang-abang atau kakak-kakaknya cuba menjadi pengajar kepadanya dan ini seolah-olah dia mempunyai banyak ibu dan bapa.Namun dia sama sekali tidak mengalami situasi dethrone seperti adik beradiknya yang lain.Dia ini sering berhasrat ingin menjadi lebih besar dan berkuasa daripada orang lain.Dia mempunyai cita-cita dan sering kecundang ditengah jalan.Kadang kala anak ini tidak membesar dengan matang dan masih bersikap keanak-anakan walaupun sudah remaja.

Dapatlah saya simpulkan disini,

Anak sulong

1-seorang yang tegas lagi bengis
2-merupakan si penanggungjawab oleh ibu bapa keatas adiknya
3-mempunyai perwatakan yang matang lagi 'macho' gitu!
4-seorang yang amat serius dan dethrone keatas adik-beradiknya
5-merasakan dialah berhak segalanya..(tapi yang ni saya tidak bersetuju)..

Anak bongsu

1-seorang yang amat-teramat-diamat manja
2-mempunyai perwatakan yang keanak-anakan
3-palinghampir dengan ibu
4-seorang yang apabila meminta sesuatu dari ibu bapanya,gerenti dapat..(yang ni no komen)
5-seorang yang amat sensitif bila dipinggirkan keluarga

Kesimpulannya,anak bongsu dan anak sulong ni sama saja.Sebab,dah cukup setara dalam keluarga.Jikalau anak sulong itu manja dan anak bongsu itu tegas.Maka tidak adillah kerana yang si sulong itu akan membimbing adik-adiknya.Begitu juga jika si bongsu tegas maka susahlah untuk abang2 dan kakak2nya untuk bimbing.

*mujurlah saya tak la manja beria..hehe..

Salam Ukhuwah

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah...baik,dari blog friendster telah saya tukarkan kepada blogspot.Diharapkan kepada pembaca sekalian dapatlah mengambil input yang berguna.Segala kelemahan pada blog saya ini,saya dahulukan dengan kalimat 'maaf',andai pada blog penulisan saya ini akan membuatkan anda berasa hati,sakit hati,terlebih hati,tersadung hati...segalanya la..saya memohon maaf.

Dan seandainya penulisan saya ini,membuatkan hati anda terhibur,ketahuilah...sesungguhnya,diri saya yang kerdil ini amatlah gembira.Gembira kerana menggembirakan manusia lain.Sebab,hati manusia ini,kalau tidak digembirakan,maka pilulah ia. Baiklah,bila ditanya oleh sahabat saya...apakah taujih atau hala tuju penulisan saya?saya jawab...simple..apa yang terlintas difikiran saya,saya akan menulis.simple!senang!

*Rasanya,belum terlambat untuk saya ucapkan ribuan terima kasih buat kekanda saya(kak an)atas banyak nasihat beliau untuk saya selaku adiknya.Thnxz kak! baiklah,nikmatilah selepas ini blog dari saya.

~slamah~